Wednesday, January 11, 2012

ANTARA KASIH, KEJAYAAN & KEKAYAAN



suatu petang, si gadis comel sedang minum teh bersama kedua2 ibu bapanya di halaman rumah. si anak kecil tadi terpandang 3 orang tua berjanggut putih di pintu pagar rumahnya.


lantas, si gadis comel yang berusia 10 tahun itu memberitahu ibu bapanya tentang kehadiran ketiga2 lelaki itu.


"mari, kita kihat siapa pakcik2 itu," ajak si ayah.


di luar pintu pagar, 3 orang lelaki tua sedang duduk bersebelahan sambil merehatkan diri.


"pakcik2 sekalian, kenapa duduk di sini?" soal amira, gadis comel yang petah mulutnya bertanya.


"cucu, pakcik dlm perjalanan ke 1 tempat yang jauh. oleh kerana penat, pakcik berehat dulu di sini," jawab salah seorang lelaki tersebut.


kasihan dgn mereka, ibu bapa amira menjemput ketiga2 lelaki itu utk masuk ke rumah dan minum bersama mereka.


"terima kasih atas pelawaan itu. tapi, kami x boleh masuk bersama2 ke dlm rumah anak," jawab lelaki tua itu lagi menyebabkan ibu bapa amira kehairanan.


lantas, lelaki itu memperkenalkan diri: "namaku kasih, di sebelah kananku ialah kejayaan dan yg di sebelah kiriku namanya kekayaan. jika anak mahu menjemput kami masuk ke rumah, anak harus memilih salah seorang drpd kami bertiga!"


maka, berbincanglah amira dan kedua ibu bapanya utk membuat pilihan lelaki mana yg akan mereka pilih utk masuk ke dlm rumah. 


"biarlah lelaki yg bernama kekayaan yg masuk. mana tau kekayaan kita akan bertambah," kata si ibu.


"saya rasa lebih baik pilih lelaki bernama kejayaan. mana tau kita akan banyak mencipta kejayaan nanti," jawab si ayah pula.


kerana x sependapat, maka mereka bertanyakan pula pendapat amira.


"amira suka datuk yg bernama kasih!"


si ayah dan ibu pun akur dgn pilihan anak kesayangan mereka itu. lantas, mereka mempersilakan lelaki bernama kasih masuk. dan apabila kasih masuk ke dlm, kedua2 lelaki di belakangnya turut sama masuk.


"eh! bukan ke tadi pakcik kata cuma seorang shja boleh masuk?" tanya  ayah dan ibu amira kehairanan.


lantas lelaki bernama kasih menjawab, "jika kalian memilih kekayaan atau kejayaan, tentu yg lain x akan ikut masuk. tapi, bila kamu memilih kasih, bermakna ke mana pun aku pergi, kekayaan dan kejayaan pasti akan mengikutiku. ini kerana di mana ada kasih syg, pasti akan diiringi dgn kejayaan dan keuntungan!"


P/S: jika di hati sentiasa disemai dgn kasih syg, maka akan datanglah keberhasilan, kesenangan, kebahagiaan dan keceriaan. KASIH SYG IBARAT KUNCI. jagalah ia, semailah ia, maka yg lain akan turut datang bersama2 kita. wallahualam~

No comments:

Post a Comment